Masjid As Syakirin Sungai Rambai Sangat Berbesar Hati


Masjid As Syakirin Sungai Rambai Sangat Berbesar Hati

Masjid As Syakirin Sungai Rambai sangat berbesar hati apabila menerima kehadiran TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang bersama menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, Sungai Rambai baru-baru ini.

Kehadiran TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam disambut mesra oleh YB Puan Siti Faizah Bt Datuk Abdul Azis, ADUN Sungai Rambai dan juga En Roslan Bin Khalid selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid As Syakirin Sungai Rambai. Turut bersama, Setiausaha Japerun Sungai Rambai, Ketua-ketua Jabatan Daerah Jasin, Pengerusi-pengerusi JPKK Dun Sungai Rambai, Sidang-sidang Dun Sungai Rambai serta ahli kariah dan para jemaah Sungai Rambai.