Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Kepada Anak
Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Asnaf anjuran D’Legacy Sport Fishing dengan kerjasama Masjid As Syakirin Sungai Rambai bertempat di Kolam Pancing Ikan D’Legacy Pengkalan Leban Sungai Rambai.
Majlis doa selamat juga turut diadakan sementara menunggu waktu berbuka puasa yang telah dipimpin oleh Imam 1 Masjid As Syakirin Sungai Rambai, Imam Mohd Ridzuan Bin Mujid.
Turut hadir bersama, barisan pemimpin-pemimpin komuniti Sungai Rambai bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
